Latar
Belakang
Tamadun Yunani berkembang di Semenanjung
Greece dan pulau-pulau di sekitarnya yang dikelilingi oleh Laut Aegean dan Laut
Mediterranean. Tamadun ini bermula dengan pembentukan petempatan manusia yang
dikenali sebagai Negara kota atau polis.
Negara kota terbentuk hasil gabungan beberapa buah kampong dan bandar pada
sekitar tahun 1000-800SM. Terdapat banyak negara kota pada zaman Yunani dan
setiap Negara kota mengandungi sebuah kota yang dikelilingi oleh kawasan
pertanian dan di dalam kota terdapat pasar, kubu, kuil dan istana.
Walaupun terdapat banyak negara kota di
Yunani tetapi yang paling menonjol ialah Athens, Sparta dan Corinth.
Ketiga-tiga negara kota tersebut terletak berhampiran dengan Laut
Mediterranean. Setiap negara kota memiliki corak pemerintahan dan undang-undang
tersendiri selain turut memiliki beberapa tuhan. Masyarakat dalam setiap negara
kota itu sentiasa bersatu padu, walaupun begitu, peperangan sering berlaku
antara negara-negara kota tersebut.
Seni
Bina
Acropolis – Pusat pentadbiran atau ibu negeri di Athens. Dalam acropolis terdapat binaan yang menarik
seperti rumah berhala, teater, serta bangunan yang paling menarik, iaitu Parthenon.
Parthenon – Rummah berhala untuk Dewi Athena dan dibina pada zaman
pemerintahan Pericles, iaitu pada tahun 421-409SM. Parthenon dibina untuk mengingati kejayaan membebaskan diri
daripada kuasa Persia. Ukurannya ialah 69.5m x 30.88m.
Pantheon – Binaan berbentuk kubah yang terbesar di dunia, iaitu bergaris
pusat 44m. Dibina pada zaman Maharaja Hadrian (117-138M). Fungsinya adalah
sebagai tempat memuja dan menyimpan paying dewa dan tempat menjalankan kerja
awam.
Sumbangan
Tamadun Yunani
Tamadun Yunani telah mewariskan sistem
pemerintahan berbentuk demokrasi. Dalam sistem demokrasi itu, rakyat terlibat
dalam membuat keputusan politik. Rakyat terlibat secara langsung dalam
pembentukan kerajaan, oleh itu, kerajaan berbentuk demokrasi disifatkan sebagai
kerajaan rakyat. Sistem demokrasi ini diamalkan di kebanyakan negara di dunia
pada hari ini.
Tamadun Yunani telah memperkenalkan Sukan
Olimpik pada tahun 776SM. Pertandingan itu diadakan di Olympia. Pertandingan
antara negara kota yang dibuat empat tahun sekali itu bertujuan menghormati
Tuhan Zeus. Negara kota yang bersaing ialah Athens, Sparta, Corinth, Thebes,
Olympia dan Argos. Perbezaan antara Sukan Olimpik asal dengan Sukan Olimpik
moden adalah dari segi tujuan organisasi dan bilangan peserta sementara
bilangan acara yang dipertandingkan pula tambah berlipat ganda.
Sistem
Pemerintahan
Dalam tamadun Yunani telah wujud beberapa
bentuk pemerintahan yang diamalkan oleh sesebuah negara kota. Bentuk
pemerintahan tersebut mengalami pelbagai perubahan daripada monarki, oligarki,
aristokrasi, diktator (tirani), dan akhirnya kepada demokrasi. Kewujudan pelbagai
bentuk pemerintahan menunjukkan orang Yunani sentiasa berusaha meningkatkan
aspek pemerintahan dan pentadbiran negara kota mereka.
Sebelum sistem demokrasi diperkenalkan,
Athens mengamalkan sistem beraja. Dalam sistem ini, raja dibantu oleh sebuah badan
yang dinamakan konsul. Raja berperanan sebagai ketua hakim, ketua tentera dan
ketua agama. Apabila kuasa konsul menjadi kuat, peranan raja sebagai ketua
hakim, ketua tentera dan ketua agama semakin merosot. Akibatnya, lahir sistem
raja yang dipilih tetapi kuasany amat terhad. Ini adalah kerana dalam sistem
ini pemerintahan dikuasai oleh konsul yang terdiri daripada orang kaya. Sistem
pemerintahan oleh beberapa orang konsul seperti ini dinamakan oligarki.
Daripada kalangan konsul ini lahir pula golongan aristokrat yang kuat. Mereka
memiliki kuasa yang besar dan pemerintahan oleh golongan aristokrat ini
dinamakan aristokrasi.
Akibat rasa tidak puas hati rakyat terhadap
pemerintahan berbentuk aristokrasi, muncul pula golongan yang menuntut hak dan
ini telah menyebabkan berlakunya rampasan kuasa. Keadaan ini telah membawa
kepada pemerintahan berbentuk tirani oleh diktator. Biasanya, diktator bukan
daripada golongan aristokrat tetapi daripada golongan kaya atau tentera.
Walaupun rakyat biasa menyokong rampasan kuasa tersebut, tetapi tindakan itu
telah ditentang oleh golongan aristokrat. Oleh itu, lahir pula sistem
demokrasi.
Dalam sistem demokrasi terdapat Dewan
Perhimpunan dan Majlis. Semua warganegara lelaki dewasa Athens diberi peluang
menjadi anggota Dewan Perhimpunan antara 6 bulan sehingga setahun. Dewan
Perhimpunan bersidang sebanyak tiga kali dalam sebulan dan setiap ahli Dewan
ini boleh mengemukakan cadangan tentang dasar kerajaan. Segala keputusan Dewan
dikendalikan oleh Majlis. Ahli Majlis, Majistret dan Juri dilantik oleh Dewan.
Oleh itu, Dewan mempunyai kuasa penuh terhadap ketiga-tiganya. Walaupun sistem
demokrasi diamalkan di Athens, tetapi sistem ini tidak berlaku di negara kota
yang mengamalkan sistem beraja yang berkuasa mutlak.
Jika demokrasi diamalkan di Athens, di
Sparta pula, sistem pemerintahan tentera telah diamalkan. Dengan ini sistem
pertahanan telah diberikan perhatian yang penting. Anak lelaki dilatih dari
awal untuk menjadi askar yang baik dan sistem latihan ini telah menjadikan Sparta
berjaya melahirkan tentera yang mempunyai semangat patriotik yang tinggi lagi
handal.
Perundangan
Dalam tamadun Yunani, Dewan Perhimpunan
berfungsi menggubal undang-undang. Kepentingan undang-undang diutarakan oleh
Plato dalam bukunya Republic. Menurut
Plato, negara harus diperintah oleh ahli falsafah kerana mereka cekap, terbaik,
dan berupaya menggubal undang-undang.
Falsafah
Ahli falsafahialah manusia yang menggunakan
akal untuk berfikir secara berterusan bagi mencari jawapan yang logik dan
rasional terhadap persoalan yang berkaitan dengan kehidupan harian dan alam di
sekitar mereka. Tamadun Yunani terus meningkat dengan kelahiran ahli-ahli
falsafah seperti Herodotus, Socrates, Aristotle dan Plato. Dalam falsafah
mereka, persoalan tentang nilai individualisme, kehidupan manusia dan demokrasi
merupakan isu utama. Ahli-ahli falsafah Yunani mengajar manusia untuk berfikir
secara rasional dan mengamalkan sikap ingin tahu.
Herodotus, ahli falsafah and ahli sejarah
terulung yang menghasilkan karya, History
of Persian Wars merupakan Bapa Sejarah.
Socrates ialah Bapa Falsafah barat. Beliau
mencintai falsafah dan sering membincangkannya dengan sahabat dan pengikutnya.
Socrates amat pakar dalam berbincangan melalui kaedah soal jawab. Beliau
berusaha mencari unsur-unsur dalam kehidupan dan masyarakat bahagia. Beliau
dituduh merosakkan pemikiran masyarakat dan telah dihukum bunuh dengan cara
meminum racun. Antara pengikutnya termasuk Plato.
Maklumat tentang Socrates wujud dalam
tulisan Plato. Plato menyedarkan masyarakat tentang perkara asas dalam falsafah
Socrates.Perkara asas itu ialah persoalan tentang manusia dan masyarakat.
Falsafah Plato ialah manusia yang sempurna merupakan masyarakat yang diperintah
oleh ahli falsafah. Beliau mengasaskan akademi falsafah di Athens yang kekal
selama 1000 tahun. Plato dalam karyanya, Republic,
membincangkan bahawa sesebuah masyarakat dan negara paling baik diperintah oleh
ilmuwan dan ahli falsafah.
Aristotle ialah murid Plato dan merupakan
ahli falsafah yang berpengaruh. Beliau telah cuba mendalami idang sains dan
falsafah. Hasil penerbitan beliau mengandungi ilmu logik, metafizik, sains
tabii, astronomi dan geologi. Falsafah beliau adalah untuk membaiki dunia.
Antara karya utama beliau termasuklah Politics.
Aristotle yang menjadi guru kepada Alexander the Great pula dalam karyanya
telah membincangkan cara berfikir yang teratur.
Perluasan kuasa
Di Yunani, bermula dari tahun 800 S.M. kegiatan penaklukan
berjalan dengan rancak. Pada zaman pemerintahan Philip II dari Macedonia, kerajaan
Macedonia dan Yunani telah disatukan. Usaha ini diteruskan oleh anaknya,
Alexander the Great, yang telah berjaya
meluaskan lagi kawasan takluk Yunani apabila beliau menguasai Parsi,Mesir,Turkistan
dan Samarkand. Akhirnya, seluruh kawasan Laut Mediterranean itu berada di bawah
kekuasaannya.
Alexander the Great terlibat dalam penyebaran kebudayaan
yang dikenali sebagai Hellenistik. Kebudayaan Hellenistik merupakan campuran
antara kebudayaan Yunani dan Parsi serta kebudayaan timur yang lain. Kebudayaan
Hellenistik ini tersebar dari kota-kota utama dalam empayar Yunani seperti Syracuse di Itali,Iskandariah dan Antioch.
Empayar Yunani berakhir dengan kematian Alexander the Great dan dengan
kemunculan Rom.
Peningkatan ekonomi
Antara kegiatan ekonomi dalam tamadun awal manusia
termasuklah bercucuk tanam,berternak binatang,dan menghasilkan barang untuk
perdagangan. Pada tahap awal, kegiatan ekonomi yang paling utama ialah
penanaman dan penternakan binatang yang bertujuan untuk menyara diri. Tetapi,
apabila tamadun itu semakin berkembang dan diikuti dengan kemunculan bandar,
kegiatan tersebut telah membawa penghasilan yang melebihi keperluan mereka
sendiri. Hasil yang berlebihan itu dipasarkan dan ditukarkan dengan barangan
perusahaan tempatan seperti barangan tembikar,peralatan memotong daripada
logam, dan perhiasan yang terdapat di bandar.
Dengan meningkatnya tamadun manusia,beberapa perkembangan
baru muncul di Yunani. Hampir semua negara kota memberikan tumpuan utama kepada
aktiviti perdagangan kecuali Sparta semenjak kelahirannya pada abad kelapan
Sebelum Masihi.Keadaan sedemikian wujud kerana keadaan muka bumi Yunani yang
bergunung-ganang dan sesuai untuk pertanian. Terdapat peningkatan yang tinggi
dalam perdagangan dengan kawasan luar terutamanya melalui jalan laut. Pada
permulaannya, perdagangan hanya berlaku antara kawasan di pesisir pantai yang
berhampiran seperti Mesir,Syria dan Phoenecia.
Akibat kekurangan tanah untuk pertanian,Athens and Corinth
menghadapi masalah kekurangan makanan. Ini menyebabkan negara kota di Yunani
terpaksa mendapatkan bahan makanan dari luar. Athens mendapatkan bekalan
makanan dari kawasan di selatannya dan Laut Hitam. Athens juga menjadi pusat
pengumpulan barang keperluan yang datang dari Timur.
Bagaimanapun, kegiatan perdagangan yang dijalankan di negara
kota dikenakan cukai dan ini telah menyebabkan kenaikan harga barang. Kesannya,
ramai rakyat Yunani berpindah ke tempat-tempat lain seperti Alexandria pada
Zaman Graeco-Rom,iaitu pada tahun 300 S.M.. Zaman Graeco-Rom juga dikenali
sebagai Zaman Hellenistik.Zaman ini merujuk pada penyerapan budaya Greek ke
dalam masyarakat Rom.
Pendidikan
Dalam tamadun Yunani,khususnya di Athens,pendidikan
bertujuan untuk melahirkan manusia yang seimbang pencapaiannya dari sudut
rohani dan jasmani.Bagi orang Athens manusia yang cemerlang ialah manusia yang
dapat memenuhi tuntutan mental dan fizikal.Oleh itu, pendidikan,
sukan,muzik,kesusasteraan,seni berpidato,membaca,menghafal, dan menulis telah
begitu dititikberatkan di Athens. Sementara itu, di Sparta,matlamat pendidikan
adalah untuk melahirkan warganegara tentera yang sempurna,gagah, dan setia
kepada negara kotanya.Oleh itu, pendidikan di Sparta lebih mementingkan latihan
fizikal dan kemahiran menggunakan senjata berbanding dengan pendidikan mental.
Di Yunani,perkembangan pendidikan telah berlaku apabila
banyak sekolah falsafah telah tumbuh dan berkembang di negara kota seperti
Athens,Thebes ,Elea dan Miletus.Athens juga dikenali sebagai pusat cendekiawan
Yunani yang penting semasa pemerintahan Pericles.
Sains dan teknologi
Tokoh matematik Yunani, iaitu Thales telah mengembangkan
ilmu geometri Mesir Purba. Pythagoras yang memperkenalkan Teorem Pythagoras
pula mengembangkan ilmu geometri Mesir Purba dan Babylon. Beliau telah
mempelajari matematik Mesir dan Babylon serta mengasaskan gerakan saintifik dan
bergelar Pythagorean.Sumbangan beliau dalam geometri ialah Teorem Pythagoras. Dalam
tamadun Yunani juga terdapat beberapa orang lagi ahli sains yang terkenal
seperti Hippocrates yang terkenal sebagai Bapa Perubatan dan Archimedes sebagai
ahli matematik dan fizik. Hippocrates juga dianggap pakar dalam bidang anatomi.
Namanya dikenang kerana kaitannya dengan profesion perubatan moden,iaitu Sumpah
Hippocrates(Hippocrates Oath). Aspek utama yang disumbangkan oleh Archimedes
ialah teorinya berhubung dengan isi padu air dan graviti.Ptolemy pula merupakan
tokoh utama dalam bidang astronomi Yunani.Dalam tamadun Yunani,ilmu pelayaran
juga telah meningkat dengan penciptaan layar yang lebih kuat dan perahu yang
lebih besar.Penciptaan perahu layar telah meningkatkan aktiviti perdagangan
laut dan menjadi alat pengangkutan penting dalam peperangan terutamanya pada
zaman perluasan kuasa dan pembentukan empayar Rom.
Bahasa dan
kesusasteraan
Sebelum bahasa Latin digunakan secara meluas semasa
pemerintahan empayar Rom,bahasa Yunani telah digunakan terutama di wilayah
dalam Yunani dan juga kawasan takluk Alexander the Great .Antara tokoh sastera Yunani
yang terkenal termasuklah Homer dan Hesiod.Hesiod ialah penyair dan telah
menulis dua buah buku puisi,iaitu Theology dan Works and Days, manakala Homer
menghasilkan dua buah epic,iaitu Iliad dan Odyssey.Iliad dan Odyssey ialah
kisah peperangan antara Achaea dengan Troy pada tahun 1184 S.M.Theology ialah
ilmu tentang asal usul manusia dan ketuhanan.
Selain hasil sastera,aspek tulisan turut mengalami
peningkatan.Tulisan yang kita warisi pada hari ini juga berasal daripada
tulisan orang Phoenecia.Tulisan ini tersebar kepada orang Yunani pada tahun 800
S.M. Dalam tamadun Yunani,tulisan itu ditambah huruf vokal.Tulisan ini
diubahsuai oleh orang Rom dan menjadi tulisan Rom dan tersebar ke Barat
sehingga sampai kepada masyarakat Asia Tenggara dalam bentuk tulisan rumi.
Sistem sosial
Organisasi sosial masyarakat dalam tamadun Yunani di Athens
membahagikan penduduknya kepada tiga kumpulan.Yang pertama ialah warganegara,
yang kedua ialah penduduk bukan warganegara,dan yang ketiga ialah golongan
hamba.Kumpulan pertama mempunyai hak dalam politik negara kota sementara
golongan kedua dan ketiga tidak memiliki hak tersebut.
Di Sparta,terdapat tiga kelas sosial.Kelas pertama ialah
warganegara Sparta tulen.Kelas kedua ialah para pekerja,artisan, dan pedagang
manakala kelas ketiga ialah Helot yang mengusahakan tanah dan merupakan
golongan majoriti.
Helot yang merupakan kelas ketiga memainkan peranan penting
dalam ekonomi Sparta.Oleh sebab jumlahnya yang besar,kelas ini sentiasa menjadi
ancaman kepada kelas pemerintah.Ini merupakan faktor utama mengapa system
ketenteraan diamalkan.
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteApo eh tudiaaa
ReplyDeleteAlhamdulillah. Akhirnya jumpa laman web yg mempunyai maklumat yg padat tentang tamadun yunani.
ReplyDeleteterima kasih..amatlah bermanfaat blog ini
ReplyDeleteterima kasih banyak2 sangat2 bermanfaat utk saya buat kerja sekolah
ReplyDelete很好
ReplyDelete资料很齐全